Panasnya Hari Ini

Usaha Untuk Pecat Muhyiddin, Mukhriz Bermula

KUALA LUMPUR: Usaha untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno dilihat telah bermula selepas kedua-dua mereka tampil menandatangani deklarasi rakyat sebagai usaha untuk menyingkirkan perdana menteri.

Terdahulu, dua ahli Majlis Tertinggi Umno dikatakan telah menggesa kepimpinan parti untuk memecat bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah berkenaan pada mesyuarat badan itu nanti.

Menurut laporan Mstar, dua bahagian Umno iaitu Subang dan Bera juga telah menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilucutkan semua keistimewaan yang diberikan kepadanya oleh Kerajaan, termasuk jawatan sebagai penasihat kepada Petronas dan Pengerusi Proton serta Yayasan Kepimpinan Perdana.

Umno Bahagian Subang juga menggesa parti dan Barisan Nasional (BN) untuk menganjurkan perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Mac iaitu hari yang sama kumpulan anti-Najib dijadual bakal mengadakan satu perhimpunan untuk memberi tekanan Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau akan mencadangkan usul untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz dalam mesyuarat akan datang, yang dijangka diadakan pada akhir bulan ini.

Jelasnya penyertaan Muhyiddin dan Mukhriz dalam deklarasi rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri tidak boleh dimaafkan.

“Keputusan mereka untuk ‘bersekongkol’ dengan DAP telah dilakukan dengan sengaja. Ia adalah satu pengkhianatan terhadap apa yang telah diperjuangkan Umno selama ini, iaitu untuk menolak agenda DAP,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah antara lebih 50 ahli politik termasuk dari aktivis pembangkang dan masyarakat sivil menandatangani perisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz turut menegaskan bahawa Muhyiddin dan Mukhriz perlu disingkirkan daripada Umno kerana mereka dilihat telah melampaui batas.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, juga turut berkata bahawa parti itu perlu melakukan apa yang ia lakukan terhadap ahli-ahli yang menentang pemimpin tertingginya pada masa lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");