Panasnya Hari Ini

Usul Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Dihadkan Dua Penggal

KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, menghantar usul untuk mencadangkan kajian jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal.

Memetik sumber Berita harian, Yee Cheu menegaskan usul bagi peringkat kajian itu diserahkan kepada Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi diteliti Jawatankuasa Perlembagaan Negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Saya mencabar perubahan dibuat kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang membabitkan kuasa dan tempoh jawatan Ketua Menteri yang boleh dipegang seseorang pemimpin.

“Ia bertujuan membolehkan pemimpin lain yang berkaliber dilantik ke jawatan itu.

“Langkah ini bagi menghalang pemimpin yang dilantik sebagai Ketua Menteri terdedah kepada ahli perniagaan yang terlalu ‘mesra’ dan mengelak budaya kroni.

“Ada 92 negara mengehadkan tempoh jawatan ketua eksekutif masing-masing kepada dua penggal dan sudah tiba masanya ia dibuat di Pulau Pinang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");