Panasnya Hari Ini

Usul Undi Tidak Percaya, Pemuda UMNO Kemaman Serah Pada Pimpinan Parti

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Kemaman menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Bahagian, Datuk Seri Ahmad Said yang membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.

Menurut Ketuanya, Ahmad Fikri Ibrahim, sayap dan pimpinan bahagian berkenaan terkejut dengan tindakan Ahmad mengemukakan usul itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehubungan itu, katanya, Pemuda bahagian menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar yang diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menggantikan Ahmad.

“Kita terkejut apabila mengetahui Ahmad yang juga Ketua UMNO bahagian Kemaman membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

“Tindakan dilakukan itu adalah di luar jangkaan pemimpin dan jawatankuasa sayap parti, ” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada persidangan DUN Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul itu kerana didapati tidak memenuhi syarat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");