Sukan Hari Ini

Van Gaal cabar United bangkit

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal mencabar anak buahnya supaya bangkit menebus kesilapan dengan melangkah ke separuh akhir Piala FA apabila menentang West Ham United, malam ini.

Van Gaal berkata, mereka tidak boleh lagi pulang hampa pada pertemuan kalah mati itu yang akan berlangsung di Stadium Old Trafford.

“Kami mahu pastikan kemenangan ke atas West Ham malam esok.

“Saya mahu semua pemain mengambil peluang menebus kekalahan dua hari lalu. Saya cabar mereka membuktikan United masih berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, Van Gaal turut menggesa penyokong setia United supaya meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi dalam usaha mereka mencari kemenangan.

“Kami memerlukan sokongan mereka untuk mengharungi saat sukar ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");