Perak Hari Ini

Warga emas Maut Ditikam: Suspek Diberkas

IPOH: Polis menahan lelaki berusia 43 tahun, dipercayai suspek yang terbabit dalam kejadian bunuh seorang warga emas di Jalan Hospital, Kampar pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata suspek ditahan di kawasan Jalan Idris, Kampar sekitar jam 11 pagi tadi.

“Pada masa itu suspek sedang berada di dalam kereta bersama bosnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Anak Cemerlang PDRM Perak di sini hari ini.

Tambahnya lagi, menerusi penahanan tersebut, pihak Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan mengumpul bahan bukti pembunuhan untuk pendakwaan di mahkamah.

Suspek yang menjadikan pekerjaan tukang masak sebagai pekerjaan sambilan turut dipercayai menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pinjaman secara haram dan kegiatan perjudian.

Katanya lagi, suspek akan direman bagi membantu siasatan.

Pada Rabu lalu, seorang warga emas ditemui maut dengan enam kesan tikaman di bahagian dada dalam kejadian yang berlaku di Jalan Hospital di Kampar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Loo Chee Man,61, dipercayai ditikam oleh suspek selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

PERAK TODAY 1

Terdahulu berlangsung Majlis Anugerah Anak Cemerlang PDRM Perak bagi meraikan seramai 194 orang anak-anak (PDRM) Perak yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi bertempat di Pusat Latihan Polis Gerakan Udara di Ipoh hari ini.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");