Jenayah

Warga emas parah disamun ketika suami solat Jumaat

KOTA TINGGI – Seorang warga emas di Felda Bukit Ramun di sini mengalami cedera parah selepas disamun di kediamannya ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat semalam.

Difahamkan ketika kejadian mangsa berseorangan sementara suaminya berada di masjid berhampiran untuk menunaikan solat tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata beliau mengesahkan kejadian tersebut berlaku Felda terbabit yang mana di dalam kawasan pentadbiran polis Kota Tinggi.

Menurutnya, mangsa, Rapiah Husin, 75 masih belum sedarkan diri dan menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

“Kejadian benar berlaku ketika solat Jumaat di rumah B-52, Felda Bukit Ramun, Kulai.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompak,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");