Panasnya Hari Ini

Zeti Mahu Penggantinya Perlu Ada Kepakaran, Kelayakan

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menegaskan bahawa bakal penggantinya perlu memiliki kepakaran serta berpengetahuan luas dalam aspek bank dan persekitaran semasa.

“Sesiapa sahaja yang menyandang tugas itu perlu ada kepakaran.

“Kita berharap satu keputusan yang tepat (mengenainya) akan dibuat dan individu itu memiliki kelayakan tinggi serta mampu menggalas tugas dengan segera tanpa memerlukan tempoh lama mempelajari selok belok berkaitan.

“Keputusan itu dalam masa beberapa hari…ada lagi 38 hari, jadi anda perlulah bersabar,” katanya memetik sumber Mstar online.

Beliau yang juga gabenor wanita pertama negara, telah menerajui BNM selama 16 tahun sebelum bersara pada April ini.

Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa bank pusat itu akan terus berfungsi dengan baik selepas ketiadaannya kelak.

“Saya rasa, keseluruhan sistem serta aspek membuat dasar masih berfungsi. Malah, saya amat yakin ia akan berterusan berdasarkan apa yang menjadi kekuatan BNM selama ini.

“Tiada alasan pun untuk meraguinya. Prospek masa depan juga menarik dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu membuat persiapan bagi cabaran masa depan,” tegasnya.

Tambahnya, jawatankuasa tadbir urus BNM juga telah melaksanakan penilaian terperinci terhadap calon sesuai serta mengemukakan saranan kepada pihak kerajaan.

“Kita tidak menyatakan apa yang kami inginkan atau boleh mengulas apa yang dinilai jawatankuasa itu kerana ia adalah rahsia,” katanya ketika ditanya sama ada bakal penggantinya itu adalah kalangan ‘orang dalam’ BNM sendiri.

“Semua persiapan sudahpun dibuat. Saya sendiri sudah merancang untuk menulis buku,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");