Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Zulin Aziz & Ariz Forteen Renggang Kerana Peminat?

KUALA LUMPUR:Keakraban dua penghibur ini Zulin Aziz dan Ariz Forteen pada mulanya hangat diperkatakan oleh ramai orang terutamanya dalam kalangan peminat masing-masing.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir timbul khabar angin mengatakan hubungan diantara mereka kini semakin renggang kerana wujudnya campur tangan daripada peminat.

Menurut pelakon dan pengacara Zulin Aziz perkara ini ada baiknya agar  persahabatan mereka berdua tidak lagi disalah ertikan dan menjadi perbualan netizen.

“Kami berdua sebenarnya tidak ada masalah, hubungan kami masih baik apatah lagi bergaduh pun tidak pernah.

“Cuma keadaan tidak mengizinkan kami bertemu lagi, ini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami sudah lama tidak berjumpa kira-kira dalam lingkungan tiga ke empat bulan, sebab itulah kami dilihat sudah renggang dan tidak bersama lagi.

“Sekurang-kurangnya orang tidak salah faham akan hubungan kami, jadi tak perlulah saya nak pening-pening fikirkan apa yang orang nak cakap tentang kami berdua,” katanya memetik sumber Media hiburan.

Zulin turut berharap agar tidak ada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Ariz Forteen selepas ini.

Beliau mengakui pernah berasa kecil hati dengan tohmahan orang walaupun hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik sahaja.

Sementara itu, Zulin dalam perkembangan terbaru ini bakal melibatkan diri dalam program Buletin Lawak untuk musim terbaru.

foto-utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");