Perak Hari Ini

17,589 Golongan Muda Sertai Pertubuhan Peladang Berasaskan Agro-Makanan

IPOH: Seramai 17,589 golongan belia di negeri ini telah menyertai pertubuhan peladang berasaskan industri agro-makanan sehingga tahun 2015.

Exco kerajaan negeri, Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) berkata, daripada jumlah tersebut, 11,506 adalah lelaki manakala 6,083 adalah wanita.

“Bagi meningkatkan penyertaan belia dalam bidang pertanian yang berasaskan industri agro makanan, Lembaga Pertubuhan Peladang telah melaksanakan program ‘Meremajakan Pertubuhan Peladang.

“Tujuannya adalah untuk menggalakkan penyertaan remaja berumur 18 hingga 40 tahun ke bawah dalam sektor pertanian, menjadikan remaja peneraju kemajuan sektor pertanian di masa hadapan, meningkatkan jatidiri, kesukarelawan dan semangat cintakan negara dikalangan remaja dan bertindak sebagai agen penerangan kepada rakyat mengenai peranan Kementerian dan kerajaan ke arah pembangunan pertanian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam meremajakan Pertubuhan Peladang adalah dengan menubuhkan Kelab Pertanian Sekolah yang memfokuskan kalangan pelajar-pelajar sekolah yang berpotensi menjadi usahawan dalam sektor pertanian di masa depan.

“Antara sekolah yang terlibat pada tahun 2014 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perak (Parit Buntar), SMK Alang Iskandar (Bagan Serai), SMK Sultan Abdul Aziz (Teluk Intan), SMK Temenggong Kati (Kuala Kangsar).

“Manakala untuk tahun 2016 ialah Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan dan SMK Batu 4 (Gerik),”ujarnya.

Selain itu, Saarani berkata, antara langkah yang diambil adalah dengan menubuhkan Kelab Kor Tani Peladang, My Agrosis dan Unit Agroprenuer Muda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");