Panasnya Hari Ini

1MDB: Arul Disaran Dedah Rahsia Jika Mahu Hidup Tenang

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan agar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mendedahkan segala-galanya mengenai skandal syarikat pelaburan itu sebelum berundur.

Tuan Ibrahim yang dipetik Free Malaysia Today berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan sekiranya Arul ingin hidup tenang selepas meninggalkan 1MDB.

Tambahnya, Arul turut dinasihatkan untuk bekerjasama dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi menyelesaikan semua isu yang menyelubungi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.

“Pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dijadikan ‘kambing hitam’ di atas apa yang berlaku sebelum beliau diberikan amanah mengurangkan hutang 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Ujarnya, Arul merupakan seorang individu yang bijak dan sudah tentu beliau dapat mempelajari sesuatu setelah melihat apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

“Sebagai orang terbesar di 1MDB hari ini, sudah tentu Arul dapat mengesan siapa pihak dalaman yang mungkin bekerjasama untuk melakukan penipuan sebesar AS$3.5 bilion itu.

“Arul wajib mendedahkan maklumat-maklumat tersebut kepada umum sebelum ada tangan ghaib cuba menutupnya menggunakan OSA,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Arul dalam wawancara bersama akhbar perniagaan, The Edge mendakwa kemungkinan berlaku penipuan yang besar dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihaknya sendiri dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang mengesahkan Aabar Investment PJS (Aabar BVI) bukan anak syarikat IPIC.

Arul turut mengakui sekiranya apa yang didakwa IPIC itu benar bahawa Aabar BVI tiada kena-mengena dengan syarikat induk itu, sebenarnya 1MDB sudah ingkar (in default) membayar hutang sejak Disember 2015.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");