Jenayah

25 wanita China dan Vietnam diselamatkan

Seremban: Seramai 25 wanita warga China dan Vietnam yang dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan orang diselamatkan Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman dalam Op Dadu di premis hiburan, Taman AST, Jalan Sungai Ujong, malam tadi.

Serbuan dilakukan kira-kira 10 malam membabitkan empat pegawai dan 16 anggota diketuai Deputi Superintendan Mohd Shokri Abdullah hasil maklumat dan risikan dijalankan sejak seminggu lalu.

Mohd Shokri berkata, dalam operasi itu, 25 yang diselamatkan terdiri 10 warga Vietnam dan 15 warga China berusia 18 hingga 35 tahun.

“Polis turut menahan tiga lelaki iaitu pengurus premis dan dua pekerjanya serta seorang wanita yang berkhidmat sebagai ibu ayam,” katanya ketika ditemui selepas operasi berakhir kira-kira 11.30 malam.

Katanya, seramai 16 pelanggan diperiksa namun dibebaskan selepas semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah.

“Dalam operasi itu juga, kami merampas dua buka catatan pelayan, alat kawalan pintu, empat telefon bimbit, tiga passport dan wang tunai sebanyak RM454.

“Kita mendapati terdapat unsur Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) dikesan di premis ini dan mereka yang ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta yang sama.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");