Berita Hari Ini

396 pemberi maklumat dilindungi kerajaan

Kuala Lumpur: Statistik diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) menunjukkan seramai 396 individu pemberi maklumat masih dilindungi kerajaan mengikut Akta Pemberi Maklumat 2010.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM, Akhzailina Md Akhir berkata, dalam tempoh lima tahun sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah 55,287 aduan diterima di seluruh negara.

“Jumlah itu merangkumi 12,527 pendedahan dan perlindungan awal yang diberikan pada tahun lalu. Namun, setakat ini hanya 396 individu kekal diberikan perlindungan itu.

“Ia berikutan banyak kes sudah dibatalkan kerana melanggari Seksyen 11 akta itu antaranya pemberi maklumat sengaja membuat penyataan palsu, remeh temeh dan mempersoalkan dasar kerajaan,” katanya ketika sesi soal jawab program ‘Breakfast Talk’ di Institut Integriti Malaysia (Integriti) di sini, hari ini.

Menurutnya, perlindungan hanya akan diberikan kepada pemberi maklumat yang mematuhi semua syarat mengikut akta berkenaan.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");