Perak Hari Ini

6 Kursus Dicadangkan Untuk KKTM Selama

IPOH: Sebanyak enam kursus yang dicadangkan berteraskan bidang automotif bakal ditawarkan apabila Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Selama dibuka pada Mac 2019.

Selain itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria (BN-Batu Kurau), apabila KKTM Selama itu dibuka, kapasiti yang dicadangkan ialah 1,320 pelajar iaitu 1,100 pelajar berada di kampus manakala 220 pelajar mengikuti Latihan Industri.

“Kursus yang dicadangkan ialah Diploma in Automotive Engineering Technology (Hybrid), Diploma in Automotive Engineering Technology (Electric) dan Diploma in Automotive Engineering Tecnology (Autotronic).

“Selain itu, turut ditawarkan ialah Diploma in Automotive Engineering Tecnology (Commercial), Diploma in Automotive Engineering Tecnology(Inspection dan Quality) dan Diploma in Automotive Engineering Tecnology (Sport/Cruise Bike),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama), dalam sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Ujar Mohamad Amin lagi, Surat Pelawaan tender telah dikeluarkan pada 21 Mac 2016 manakala milik tapak dan siap projek bermula pada 12 September 2016 dan dijangka siap pada 11 Mac 2019.

“Walaubagaimanapun, perancangan ini memerlukan pindaan semula kerana pengesahan lanjutan tempoh sah senarai kontraktor untuk tender terhad bagi tujuan pelawaan tender belum diputuskan oleh pihak Kementerian Kewangan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");