Panasnya Hari Ini

82 Calon BN Sarawak Adalah Yang Terbaik- PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keyakinan bahawa barisan 82 calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 merupakan calon yang terbaik.

Menerusi catatan di laman Facebook, Najib menyatakan keyakinannya bahawa kesemua calon itu bersedia memikul tanggungjawab dan aspirasi rakyat sekiranya dipilih.

Tambahnya, segala perselisihan faham dan kekecewaan berhubung senarai calon telah diselesaikan dan dijelaskan dengan baik oleh kepimpinan negeri kepada komponen BN serta individu-individu dalam parti.

“Kerjasama dan kesepakatan amat penting dalam menghadapi pilihan raya dan saya berharap setiap ahli Barisan Nasional di Sarawak akan memberi komitmen, sumbangan masa dan tenaga serta kerjasama tertinggi kepada pucuk pimpinan dan jentera parti sewaktu kempen nanti.

“Bersatulah sebagai sepasukan – Team Adenan, Team Barisan Nasional,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Isnin mengumumkan nama calon bagi semua 82 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");