Panasnya Hari Ini

Ada Ketua Umno Cawangan Mengadu Diugut: Mukhriz

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa terdapatnya ugutan terhadap ketua Umno cawangan yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya tidak kemukakan usul tidak percaya terhadap Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Umno cawangan.

Memetik sumber Sinar Harian, dakwa Mukhriz sekiranya mereka berbuat demikian, jawatan pengerusi JKKK itu tidak dilanjutkan pada masa akan datang.

“Saya kesal apabila ada ketua cawangan yang mengadu perkara ini berlaku sebelum mereka bermesyuarat. Ada juga pihak yang minta usul itu ditapis sebelum diserahkan kepada bahagian masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan itu dianggap keterlaluan kerana ini adalah unsur ugutan dalam usaha menyekat usul tidak percaya kepimpinan Najib untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

“Saya kesal perkara seperti ini berlaku dalam Umno. Di Kedah, ketua Umno cawangan secara automatik dilantik Pengerusi JKKK. Ini suatu penganiayaan dan ugutan bersifat politik,” katanya.

Ujarnya lagi turut dikatakan banyak cawangan berhasrat mengemukakan usul itu, termasuk usul tidak tangguh pemilihan parti, selain memohon diadakan pada tahun ini, namun hasrat itu terbantut gara-gara ada ugutan.

“Saya difahamkan lebih 20 cawangan ada ketengahkan usul ini. Akar umbi ini tegaskan mereka sepakat bawa usul itu demi untuk selamatkan parti selain mahu Najib undur,” katanya.

Malah kebanyakan cawangan yang bertindak berani mengusulkan dua usul itu jelasnya dari Bahagian Jerlun, Merbok, Sik dan Baling.

“Malah sebahagian besar daripada mereka turut menandatangani Deklarasi Rakyat.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar belum diketahui kerana masih dalam proses pengiraan oleh urusetia,” katanya, ketika ditanya jumlah mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat di Kedah.

Tambahnya, deklarasi ini adalah suara rakyat terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, dan mana-mana individu berhak bersuara.

“Sesiapa yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan, wajar berbuat sesuatu. Buat masa ini, lebih 250,000 tandatangan diperoleh,” katanya.

Deklarasi tersebut jelasnya bukan bertujuan mendesak orang ramai melakukan demonstrasi atau merusuh, sebaliknya  bertujuan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan secara harmoni.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");