Berita Hari Ini

Adat Perpatih perlu dipertahan sebagai khazanah

REMBAU – Adat Perpatih yang diamalkan di negeri ini perlulah dipertahankan, disebar luas dan dinobatkan sebagai khazanah yang tinggi nilainya, kata Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Beliau berkata usaha ini perlu bagi menyemaikan rasa cinta dan kasih yang mendalam khususnya dalam kalangan generasi muda hari ini sekaligus menjadikan adat perpatih terus relevan.

“Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan hasrat murni kita initercapai. Kita tidak boleh salahkan pihak luar yang ada tanggapan negatif terhadap adat perpatih atas kejahilan mereka.

“Bagaimanapun, adat adalah undang-undang atau law…jadi janganlah persendakan adat,” katanya dalam ucapan perasmian program Warna-Warni Adat Perpatih yang bertemakan ‘Warisan Dijunjung Adat Dipelihara’, di Dataran Rembau, dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Datuk Abd Razak Ab Said, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Datuk Zaifulbahri Idris dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");