Perak Hari Ini

ADUN Aulong Diminta Tinggalkan Majlis Perasmian Pembukaan Sidang DUN

IPOH: Leow Thye Yih (DAP-Aulong) diminta untuk meninggalkan kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan berikutan beliau telah digantung selama sebulan daripada menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebarang majlis rasmi kerajaan negeri.

Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri yang ke-13 itu dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi tadi.

Leow hadir ke majlis perasmian itu dengan memakai pakaian istiadat sementara menunggu keberangkatan tiba Sultan Nazrin ke Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan dan duduk bersama wakil rakyat pembangkang.

Beliau kemudiannya dilihat dihampiri oleh beberapa orang anggota keselamatan yang meminta wakil rakyat itu bangun dan meninggalkan majlis berkenaan.

Terdahulu, Speaker DUN Perak, Datuk Seri SK Devamany mengumumkan bahawa Leow digantung daripada menghadiri persidangan DUN dan majlis rasmi kerajaan negeri kerana didapati melanggar Peraturan 36 (3)(a) dan 36 (3)(b) semasa sesi perbahasan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga yang ke-13 dari 13 hingga 23 November lalu.

Keputusan itu telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 31 Mac 2016.

ADUN Aulong itu dilaporkan menuduh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima derma daripada pemaju.

Ianya berikutan ucapan beliau berhubung masalah penduduk yang mahu menukar balik penggunaan tanah bagi lot 24719TT8322 kepada perancangan asal iaitu kawasan tadahan air hujan dan kawasan hijau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");