Berita Hari Ini

AES: Bukan untuk keuntungan

SEREMBAN – Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan untuk keuntungan, sebaliknya menghargai nyawa orang ramai.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri berkata, langkah itu lebih kepada bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Sistem AES ini bukan baru tetapi sebagai penambah baikan sistem yang ada. Sistem ini bukan untuk keuntungan sebab nyawa manusia bukan boleh buat perniagaan.

“Kalau kata kos pemasangan mahal, mahal lagi nyawa manusia kerana ia tiada gantinya,” katanya.

Menurutnya, walaupun kos pemasangan kamera AES tinggi, namun ia berbaloi sebagai usaha menyelamatkan nyawa manusia.

“Kos sebenar kita tidak pasti tetapi ia memberi kebaikan kepada kita kerana nyawa tidak boleh dinilai dengan duit.

“Hargailah usaha ini dengan melihat kesan positifnya, bukan menuding jari terhadap usaha itu,” katanya di sini, semalam.

Justeru, katanya, orang ramai perlu menyokong usaha kerajaan ini kerana ia langkah terbaik untuk kesan kesalahan pengguna jalan raya.

“Lumrah manusia tidak suka diganggu, tidak suka kereta mereka ditahan penguat kuasa. Jadi, adanya sistem ini tidak akan mengganggu perjalanan pengguna jalan raya.

“Adalah lebih baik manusia dikawal mesin kamera daripada penguat kuasa. Jika tidak mahu disaman, sila patuh undang-undang dan peraturan jalan raya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");