Berita Hari Ini

Agih RM1.3 juta pinjaman modal

KUALA TERENGGANU – Hampir RM1.3 juta pinjaman modal telah diagihkan kepada 159 usahawan yang berdaftar di bawah Program Jaya Diri kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, langkah ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri terus komited dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dalam kalangan rakyat.

“Melalui program usahawan yang dikendalikan oleh YPKT ini, ianya mampu membantu dari segi pendapatan isi rumah bagi usahawan berkenaan ke tahap yang lebih baik.

“Secara tidak langsung, apa yang dilakukan kerajaan negeri menerusi YPKT ini berupaya membasmi kemiskinan yang dialami dalam sesebuah keluarga,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Pinjaman Modal Peserta Program Jaya Diri di Dewan Utama YPKT di sini.

Selain itu, Roslee turut menyeru agar kesemua usahawan melakukan proses pembaharuan terhadap produk jualan bagi menambahkan lagi pendapatan para usahawan.

“Usahawan perlu lebih kreatif dalam menjalankan perniagaan dengan melakukan proses inovasi terhadap produk jualan masing-masing.

“Melalui usaha tambah nilai produk yang dilakukan dengan menampilkan kelainan, ia turut membantu dalam meningkatkan pendapatan usahawan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program ini sememangnya membantu isi rumah berpendapatan rendah.

“Mana-mana isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan atau RM 600 perkapita layak mengikuti program ini.

“YPKT memberi keutamaan kepada kaum wanita bagi menggalakkan mereka membantu menambah pendapatan keluarga menerusi pelbagai projek berdasarkan kemahiran dan juga pengalaman masing-masing,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");