PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini pelik kerana bintangnya, Sergio Aguero tidak pernah dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan di England.
Aguero beraksi cemerlang dengan menjaringkan hatrik kelimanya musim ini ketika menewaskan Chelsea, semalam, dan langsung tidak dicalonkan dalam mana-mana anugerah.
“Aguero? Saya pasti dia penyerang terbaik di England ketika ini. Amat pelik apabila pemain itu tidak pernah diangkat sebagai pemain terbaik sejak empat tahun berada di sini.
“Jika tahun ini, Aguero tidak menjadi pemain terbaik, saya rasakan ia satu keputusan yang tidak adil,” katanya.
Setakat ini, Aguero telah menjaringkan 21 gol sama dengan jumlah jaringan Jamie Vardy dan Harry Kane yang dicalonkan sebagai Pemain Paling Bernilai, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).-sinar harian