Perak Hari Ini

Ahli Wakaka Crew Lemas Di Lubuk Ular

IPOH: Kegembiraan ahli kumpulan tarian Wakaka Crew yang bermandi-manda di Lubuk Ular, Simpang Pulai petang semalam bertukar tragedi apabila salah seorang ahlinya ditemui mati lemas di kawasan berkenaan.

Ahli baru Wakaka Crew, Muhammad Zulhafiq Samsudin 21, dipercayai lemas ketika mandi bersama ahli-ahli lain kumpulannya sekitar jam 3.30 petang selepas kumpulan itu pulang daripada menyertai pertandingan tarian di sebuah pusat membeli belah di bandaraya ini.

Rakan kumpulan mangsa yang merupakan ahli asal kumpulan itu ketika memenangi Pertandingan Realiti Showdown 2010, Muhammmad Ezhan Asman 30, atau lebih dikenali sebagai Joe berkata, mereka berhenti seketika di kawasan tersebut untuk bermandi-manda ketika dalam perjalanan pulang ke Selangor selepas menyertai pertandingan tersebut.

Mengulas lanjut, pada mulanya, arwah terjun ke kawasan dalam di lubuk berkenaan dan terkapai-kapai namun berjaya berenang semula ke kawasan cetek sebelum lemas sekali lagi.

“Selepas melihat dia lemas, rakan kami terjun dan cuba menyelamatkannya namun disebabkan keadaannya yang terkapai-kapai, dia gagal diselamatkan sebelum hilang yang menyebabkan kami menghubungi pihak bomba dan polis,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya sekitar jam 11 pagi tadi dan akan dikebumikan di kampungnya di Durian Tunggal, Melaka.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai berkata, mayat mangsa berjaya ditemui pada jam 7.20 malam sebelum dibawa naik dengan bantuan orang awam dan dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");