Isu Panas

Ahmad Bashah-Mukhriz bersemuka kali pertama

PERSIDANGAN Dun mesyuarat ketiga penggal ketiga yang ke-13 mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersemuka, selepas berlakunya pertukaran jawatan antara keduanya Februari lalu.

Pertemuan dua insan ini berlangsung dalam suasana harmoni, apabila kedua-duanya bersalaman dan berbual mesra sebelum persidangan bermula.

Persidangan kali ini juga menyaksikan pertukaran tempat duduk antara Ahmad Bashah dan Mukhriz, di mana Adun Ayer Hitam itu ditempatkan bersebelahan Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussein.

Hanya Adun Anak Bukit yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah tidak hadir berikutan urusan di luar negara.

Persidangan Dun bermula dengan suasana agak ‘panas’ apabila soalan pertama daripada Mukhriz berhubung status terkini Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), mempunyai unsur sindiran, selain mengaitkan projek mega itu dengan isu 1MDB.

Namun agak melucukan, apabila beberapa wakil rakyat tersasul menyebut Adun Ayer Hitam, termasuk Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Safian ketika sesi soal jawab.

Adun Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi secara tidak sengaja mohon jawapan daripada Adun Ayer Hitam, sedangkan beliau merujuk kepada Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Manakala Md Rozai ketika ingin merujuk kepada Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar tersilap menyebut Adun Ayer Hitam, sehingga mengundang gelak ketawa wakil rakyat.

“Nampaknya banyak celaru hari ini,” kata Md Rozai secara berseloroh.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");