Membawang Hari Ini

Amanah progresif depani hala tuju

KUALA TERENGGANU – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat bergerak secara proaktif dalam mengukuhkan pengaruh politiknya apabila mengadakan perjumpaan dua hala dengan parti Islam terbesar di Indonesia iaitu Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dalam usaha merapatkan persefahaman antara kedua-duanya.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pertemuan itu melibatkan kehadiran Presidennya, Dr Muhammad Sohibul Iman dan dua lagi pegawai kanan, sementara Amanah diketuai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Anuar Tahir dan beliau sendiri dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

“Amanah percaya banyak dapat dikongsi dan dipelajari dalam majlis pertemuan dengan PKS Indonesia. Sikap inklusif PKS banyak persamaan dengan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ oleh Amanah untuk menuju ke era politik lebih matang di Malaysia.

“Biro Antarabangsa Amanah akan terus mengadakan program dengan parti Islam serantau dan seluruh dunia, insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Melalui pertemuan itu juga, beliau turut menggesa parti-parti politik di negara ini mencontohi budaya politik diamalkan parti politik Islam Indonesia khususnya dalam aspek label-melabel dengan gelaran negatif yang tidak mempunyai tempat dalam senario politik di negara itu.

Raja Bahrin berkata, bagi pihaknya, ia adalah aspek yang perlu dipelihara di Malaysia untuk menjaga kemurnian parti politik Islam.

“Apa-apa perbezaan pendapat diatasi melalui muzakarah dan perbincangan intelektual terbuka. Ini adalah aspek peringkat kematangan di kalangan parti-parti politik Islam Indonesia yang patut dicontohi Malaysia,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");