Berita Hari Ini

Amaran ketiga buat Rayani Air

SHAH ALAM – Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Penerba­ngan Awam (DCA) mengeluarkan surat amaran ketiga kepada syarikat penerbangan Rayani Air semalam berikutan kegagalan syarikat itu dalam menguruskan operasi dan perkhidmatannya kepada penumpang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat penerbangan itu juga bakal berhadapan dengan penggantungan operasi jika masih lagi mempunyai isu yang membabitkan perkhidmatan mereka selepas ini.

“Sebelum ini, dua surat amaran sudah diberi kepada Rayani Air, namun mereka didapati masih mengulanginya. Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka.

“Hari ini (semalam), DCA akan mengeluarkan surat amaran ketiga dan jika mereka masih mengulanginya, operasi syarikat itu akan digantung,” katanya lapor Mingguan Malaysia, semalam.

Semalam, Rayani Air mengumumkan operasinya diberhentikan sementara untuk penyelenggaraan pengurusan didakwa ada kaitan dengan kes juruterbangnya yang mogok.

Mengulas lanjut Tiong Lai berkata, kementeriannya amat mengambil berat masalah yang dihadapi oleh orang ramai terutama pelanggan-pelanggan Rayani Air yang terpaksa berhadapan dengan pembatalan atau kelewatan penerbangan.

Katanya, perkara itu adalah isu yang amat serius dan perlu ditangani segera oleh syarikat itu sekiranya ingin terus beroperasi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");