Sukan Hari Ini

Anak watan tawan kelab Serie B

Kuala Lumpur: Kelab Serie B Itali FC Bari 1908 kini dilaporkan menjadi milik ahli perniagaan Malaysia Datuk Dr Noordin Ahmad selepas berjaya menguasai 50 peratus saham kelab berkenaan.

Menerusi laman web rasmi kelab itu semalam, presiden sebelum ini Gianluca Paparesta mengesahkan mereka sudah bersetuju menjual 50 peratus daripada 95 syer kelab kepada Noordin dengan nilai difahamkan sekitar 12 juta euro (RM53 juta).

Berdasarkan laporan media Itali Noordin yang terbabit dalam perniagaan perbankan, minyak dan emas itu sudah lama menunjukkan minat terhadap kelab Itali apabila mempunyai hubungan baik dengan Presiden Lazio Claudio Lotito.

Keputusan ahli lembaga pengarah Bari FC pada 8 April lalu itu bukan sesuatu yang mengejutkan malah diterima baik penyokong mereka dengan memasang bendera Malaysia di tempat duduk penonton Stadio San Nicola ketika FC Bari menentang AC Cesena empat hari sebelum itu.

Mereka percaya taikun Malaysia itu mampu membawa Bari FC ke peringkat lebih tinggi selepas kelab berkenaan diselamatkan Paparesta yang juga bekas pengadil Serie A, selepas diisytiharkan bankrap dan dilelong dengan harga 2 juta euro (RM8.8 juta) pada Mei 2014.

Bari FC yang kali terakhir beraksi dalam saingan Serie A pada musim 2010-2011 berada di landasan terbaik untuk dinaikkan taraf ke liga elit Itali itu sekurang-kurangnya menerusi perlawanan play-off apabila kini menduduki tangga ketiga divisyen dua selepas 35 perlawanan.

Ini bukan kali pertama ahli perniagaan Malaysia membuat pelaburan dengan kelab luar apabila Tan Sri Anthony Fernandes membeli kelab Inggeris Queens Park Rangers (QPR).

Pengerusi Berjaya Group Tan Sri Vincent Tan pula menjadi pemilik Cardiff City yang kini bersaing bersama QPR dalam Liga Kejuaraan pada Mei 2010 selain turut membeli kelab juara Liga Bosnia FK Sarajevo.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");