Panasnya Hari Ini

APO2016: Undi Sebelum Terlambat

KUALA LUMPUR: Siapakah yang akan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016)?

Ia bakal ditentukan dalam masa beberapa jam sahaja lagi sebaik proses undian ditutup pada jam 12 malam Rabu (malam ini).

Pada masa ini, mStar melaporkan, jumlah keseluruhan undian yang diterima daripada orang ramai sehingga malam Selasa adalah sebanyak 703,081 yang mana undian dibuat menerusi laman web pengundian iaitu www.apo.mstar.com.my

Bagaimanapun, jumlah tersebut dijangka akan meningkat sebelum tempoh undian tamat.

Terdapat 18 kategori yang dipertandingkan dalam APO2016 merangkumi dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen dan digital termasuk satu kategori utama iaitu Personaliti Terunggul APO.

Pada peringkat pencalonan sebelum ini, keseluruhan 70 peratus jumlah undi adalah daripada undian awam, manakala baki 30 peratus lagi daripada jawatankuasa APO2016 yang melibatkan wakil mStar Online, SuriaFM and penaja utama, Dnars.

Namun, pada peringkat undian ini, keputusan pemenang akan dikira berdasarkan seratus peratus undian awam.

Para pengundi masih mempunyai peluang untuk mengundi personaliti atau artis kesukaan mereka sebelum proses pengundian tersebut ditutup.

Tiada had ditetapkan untuk mengundi kecuali undian hanya boleh dibuat sekali sehari bagi setiap kategori.

Malam kemuncak bagi anugerah berkenaan akan diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 April 2016 (Sabtu) jam 9 malam.

Selain disiarkan di TV2, acara ini juga boleh ditonton secara live streaming menerusi http://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx pada malam berkenaan bermula pukul 7.30 malam yang akan menampilkan acara di karpet ungu.

APO2016 telah ditaja sepenuhnya oleh pengeluar produk kecantikan Dnars Skincare yang diteraju oleh pengasasnya iaitu Faziani Rohban.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");