Panasnya Hari Ini

Arul Digesa Buat Laporan Polis – Tony

KULALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa agar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk membuat laporan polis terhadap kemungkinan berlalu penyelewengan melibatkan ‘orang dalam’ dalam entiti pelaburan itu.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Arul bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB supaya siasatan boleh dilakukan segera.

Jelasnya, ia adalah untuk memastikan Arul tidak didapati terlibat untuk menutup keseluruhan penyelewengan dalam siasatan sebelum ini.

“Kalau dia (Arul) tak buat laporan polis, sedangkan dia sebagai CEO syarikat mengakui dan mensyaki terdapat penyelewangan berlaku, ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Arul yang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya penyelewengan amat besar dalam urusniaga 1MDB dengan Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI) melibatkan bayaram AS$3.5 bilion

Arul berkata, beliau juga tidak menolak penipuan besar-besaran itu berkemungkinan mendapat kerjasama daripada pihaknya sendiri.

Dalam pada itu, Tony juga berkata, Arul perlu mendedahkan segera kepada pihak polis untuk proses siasatan sekiranya beliau sudah mensyaki kesalahan itu berlaku dalam syarikat pelaburan nasional itu.

“Kalau mensyaki ada kesalahan dan penyelewengan yang berlaku (dalam 1MDB), buatlah laporan polis.

“Lebih baik dia yang buat (laporan polis) sebab dia pun percaya ada kemungkinan penyelewengan itu berlaku,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");