Perak Hari Ini

ATV Adventure Pangkor, Tarikan Terbaru Di Pulau Pangkor

PANGKOR: Kenderaan jenis all-terrain vehicle (ATV) sering dikaitkan dengan laluan hutan tapi kini ia mula berkembang ke kawasan yang lebih santai seperti pantai.

ATV Adventure Pangkor kini memberi peluang buat para pengunjung untuk menikmati pemandangan indah di sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki kenderaan tersebut.

PERAK TODAY 1

Pengalaman penulis dan rakan-rakan memandu sendiri ATV ternyata cukup menyeronokkan apabila kami berkesempatan melihat pemandangan pantai yang tenang dan mempesonakan.PERAK TODAY 9

PERAK TODAY 5
Pengusaha ATV Adventure Pangkor, Muhammad Zakuan Mat Zin

Menurut pengusaha ATV Adventure Pangkor, Muhammad Zakuan Mat Zin 31,idea untuk membawa konsep ATV ke pulau ini tercetus setelah beliau bercuti di Langkawi baru-baru.

“Saya pergi ke Langkawi pada mulanya dan berkenalan dengan pengusaha ATV di sana ..beliau memperkenalkannya kepada saya mengenai ATV ini dan saya dapati aktiviti tersebut tiada lagi di Pangkor,” katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini aktiviti ATV masih belum diperkenalkan di Pulau tersebut dan ianya adalah satu peluang yang cukup baik untuk diketengahkan.

Mengulas mengenai pakej ATV yang disediakan, ujarnya ATV Adventure Pangkor menawarkan dua pakej iaitu laluan santai dan ekstrem.

“Laluanya selalunya kami akan bawa off road’ dan juga ‘on road’ iaitu melawat sekitar kampung, persisira pantai dan bukit-bukit di sekitar Pulau,” katanya.

PERAK TODAY 4ATV Adventure Pangkor kini menawarkan pakej promosi pengenalan sehingga bulan 7 ini iaitu sekitar  RM80 seorang.

Manakala bagi harga biasa pakej santai dan ekstrem adalah sekitar RM120 (perjalanan sejam hingga sejam setengah) manakala bagi sesi (satu hingga dua jam) sekitar RM150 untuk kedua-dua pakej.

“Daripada segi keselamatan kita ada menyediakan taklimat keselamatan sebelum menggunakannya dan terangkan cara menggunakannya dengan bantuan pakar terlatih,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, bagi aktiviti santai jarak perjalanan adalah sekitar lima hingga tujuh kilometer yang mengambil masa sekitar 45 minit.PERAK TODAY 3

“Bagi acara extrem kami galakkan kepada pelanggan yang pernah menaiki ATV sebelum ini dan bukannya untuk permulaan kerana ia melibatkan banyak tebing dan lereng-lereng bukit,” katanya lagi.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej yang ditawarkan boleh melayari Facebook ATV Adventure Pangkor atau hubungi di talian 011-2746 0251 (Wan) untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

Ujarnya lanjut, ATV Adventure Pangkor juga bercadang untuk menambahbaik kemudahan ATV termasuklah penyediaan ATV khusus untuk kanak-kanak menjelang tahun hadapan.

PERAK TODAY 10

“Kepada orang ramai yang ingin menyertai pakej permulaan ATV ini jangan khuatir kerana kami menyediakan pakar terlatih untuk menjaga keselamatan,” katanya.

PERAK TODAY 8

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");