Panasnya Hari Ini

Baitul Barokah Wal Mahabbah Perlu Dana Bina Bangunan Kelas

KUALA LUMPUR: Baitul Barokah Wal Mahabbah (BBWM) yang bermaksud “Rumah Yang Berkat dan Berkasih Sayang” merupakan sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan kini memerlukan sumbangan orang ramai bagi pembinaan kelas yang akan dibina diatas sebidang tanah seluas 418m persegi yang berada di dalam kawasan BBWM.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan BBWM, Norlida Rasidi proses pembayaran tapak tanah itu sedang diusahakan dan pihak BBWM dan telah membayar sebanyak RM50,000.

“Sekarang kami memerlukan lagi sebanyak RM70,000 untuk diselesaikan dalam tempoh 10 bulan.

“Kami membayar sebanyak RM7,000 setiap bulan dan masih berbaki 10 bulan untuk selesaikannya,” katanya ketika dihubungi Peraktoday@kl sebentar tadi.

Tambahnya, pemilik tanah memberi keizinan kepada BBWM untuk membayar secara ansuran dan deposit dibayar hasil sumbangan orang ramai berikutan itu pihaknya tidak membuat sebarang pinjaman bank.

Kini BBWM mempunyai seramai 73 murid sekolah rendah dan memerlukan lapan buah kelas bagi menampung sesi pembelajaran mereka.

IMG-20160308-WA0038-768x461

Dalam masa yang sama beliau menjelaskan bahawa BBWM kini dibawah pemantauan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan masih belum mendapat lesen penuh untuk beroperasi.

“Kami dalam pantauan jais sekolah masih belum mendapat lesen penuh dan masih beroperasi dengan bangunan rumah kampung

“Jadi BBWM diminta untuk bina sekolah yang baik dan sempurna untuk memohon lesen penuh,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya bangunan kelas itu berjaya disiapkan pihaknya akan menggunakan Peralatan belajar seperti kerusi meja yang sedia ada.

“Jika mempunyai hasil sumbangan yang lebih wang tersebut akan kami gunakan untuk penyediaan keperluan eletrik dan air,” katanya lagi.

Tegasnya kini,isu tanah menjadi keutamaan untuk memberi keselesaan kepada pelajar.

Sumbangan boleh diberi menerusi akaun BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH di No. Akaun MAYBANK :5628-3461-4558.

Baitul Barokah Wal Mahabbah bernombor pendaftaran NS0081456-W telah memulakan operasinya pada bulan Mac tahun 2011 di Lot 979, Jalan Burhan Kg. Giching Hilir, 43900 Sepang Selangor,bagi pelajar peringkat rendah tahap 1 dan 2.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang milik http://www.rumahamalbangi.org/ atau menghubungi pihak pengurusan BBWM seperti yang tertera di laman tersebut (Pn. Norlida : 010-508 1997 / 012-227 5393).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");