Panasnya Hari Ini

BB1M: Empat Pekedai Disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Empat pekedai telah disenarai hitam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana melanggar peraturan Program Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu menyatakan bahawa pihaknya sedia maklum tentang tindakan pekedai dan pelajar dalam pelanggaran peraturan program BB1M seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar pada minggu lalu.

Jelas KPT lagi, pada masa ini kementerian akan terus melaksanakan tindakan pemantauan termasuklah melalui cara penyamaran.

“Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk melakukan siasatan lanjut sebelum keputusan dibuat untuk menyenarai hitam pekedai dan pelajar yang terbabit.

“Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas. Sehingga kini sebanyak 4 pekedai telah disenaraihitam kerana pelanggaran peraturan program BB1M,” tegas kementerian itu lagi.

Tambahnya lagi, kementerian mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pihak yang boleh membantu penguatkuasaan dan penyiasatan dilakukan untuk membenteras penyalahgunaan yang berlaku.

Terdahulu, akhbar tempatan telah melaporkan bahawa terdapat segelintir pelajar yang mengambil kesempatan menukar baucar buku kepada wang di kedai buku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");