Panasnya Hari Ini

Biarkan Mukhriz Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

KUALA LUMPUR:Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin menegaskan bahawa Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bersara secara hormat dan membenarkan anaknya, Datuk Seri Muhkriz berdiri di atas kaki sendiri dari segi politik.

Ujarnya, ia berikutan bekas Menteri Besar Kedah itu kini mendakwa mendapat sokongan 80 peratus dalam Umno.

Tambahnya lagi, selama bertahun-tahun Mahathir dikatakan cuba untuk melonjakkan anaknya ke kedudukan teratas dalam Umno tetapi tidak pernah mengakuinya.

“Pertama, Tun Mahathir meminta anaknya bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Tetapi beliau tewas kerana kurang mendapat sokongan ahli parti, dan bapanya menyalahkan Perdana Menteri.

“Kemudian, Mukhriz menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, negeri kelahiran Tun Mahathir. Tetapi beliau disingkirkan kerana kurang sokongan daripada ahli parti, dan sekali lagi bapanya menyalahkan Perdana Menteri, ‘katanya memetik sumberBernama.

Ujarnya lagi, sekiranya Mukhriz mendapat 80 peratus sokongan dalam Umno seperti didakwa, beliau sepatutnya telah menjadi Naib Presiden Umno atau Menteri Besar Kedah.

Tambah Tengku Sarifuddin, percubaan Mahathir untuk menjatuhkan perdana menteri, menjejaskan kepentingan negara dan berbohong mengenai kehilangan RM42 bilion dari 1MDB hanya untuk kepentingan anaknya ialah satu langkah yang dianggap oleh anggota Umno sebagai jauh menyimpang.

Jelasnya, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menunjukkan bahawa serangan Mahathir ke atas perdana menteri dengan menggunakan 1MDB ialah seperti guruh tanpa petir.

“Inilah sebabnhya mengapa Tun Mahathir hilang sokongan Umno. Ini juga sebab mengapa beliau meninggalkan Umno dan mendapat sokongan masyarakat Cina melalui Lim Kit Siang, iaitu orang yang pernah dipenjarakan dibawah pentadbirannya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa apa yang Mahathir perlu lakukan ialah menyatakan siapakah calon alternatif sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimana seorang yang mahu menentukan dan memutuskan segala-galanya mengelak menjawab satu soalan kritikal ini. Sehingga beliau berbuat demikian, Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan rakyat untuk mempercayai bahawa usahanya gagal untuk menjatuhkkan Perdana Menteri ialah berkisar untuk membuka jalan untuk anaknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");