Perak Hari Ini

Bukit Merah: MB Perak Minta Kerjasama Semua Pihak

IPOH:Kerajaan negeri meminta agar semua pihak saling membantu dalam mengatasi masalah paras air di kawasan tadahan Bukit Merah yang semakin kritikal sehingga menjejaskan penduduk setempat.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir penyelesaian segera perlu diambil berikutan keadaan paras air di Bukit Merah dilaporkan semakin susut.

“Langkah yang perlu dibuat termasuk melibatkan untuk membantu pesawah yang berada di kawasan tersebut yang dianggarkan terjejas sekitar 5,000 hektar kesemuanya,”katanya.

Tambahnya lagi, pesawah kini berhadapan kesukaran kerana tidak mempunyai bekalan air untuk sawah mereka yang pastinya akan mendatangkan masalah dalam penanaman padi.

“Kerajaan persekutuan boleh mengisytiharkan sebagai kawasan bencana bagi membantu golongan pesawah dan mereka yang terjejas pendapatan mereka.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan menteri berkaitan supaya dapat turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar dan membuat penilaian dengan kadar segera.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdahulu menjelaskan ia bukan lagi dibawah bidang kuasanya dan menegaskan bahawa ia terletak di bidang kuasa unit bencana baharu yang ditubuhkan di peringkat Jabatan Perdana Menteri.

“Unit mana sekalipun kita mengharapkan Menteri berkenaan dapat turun dan melihat sendiri dan membuat penilaian terhadap keadaan yang berlaku kini,” katanya.

Tambahnya kolam Bukit Merah merupakan tempat tangkungan air bagi kawasan sawah padi di Daerah kerian dan berada di bawah perancangan Kerian dan Sungai Manik.

“Kawasan itu sendiri digunakan untuk pengairan air di Daerah Kerian tentunya apabila berlaku masalah ia akan memberi impak yang besar kepada kawasan tersebut.

“Kerajaan negeri telah memberi maklum balas kepada kerajaan persekutuan dan pengisytiharaan bencana adalah pihak unit bencana bawah kerajaan persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");