Jenayah

Buru saki baki Geng Ah Hau

Kuala Lumpur: Polis sedang memburu empat lelaki dan seorang wanita Geng Ah Hau yang terbabit dalam 25 kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang.

Ini berikutan penahanan empat lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 21 hingga 50 tahun di sekitar Cheras dan Dang Wangi, 12 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, pihaknya masih memburu saki baki kumpulan berkenaan selepas menahan lima anggota geng itu.

“Mereka yang dikehendaki dikenali sebagai Tan Chee Hau, 30; Virgina Gan Kwee Eng, 21; Low Hin Fai, 34; Ng Chiew Wen , 36; dan Ah Tie.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");