Panasnya Hari Ini

Ceramah Dr Zakir Naik: Tukar Tajuk Sekiranya Sensitif

KUALA LUMPUR: Pihak penganjur program penceramah terkemuka dunia Dr Zakir Naik digesa untuk menukar tajuk program sekiranya ia memberi kesan terhadap segelintir pihak, tegas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk mengelakkan kemarahan pihak yang berkenaan.

“Sekiranya tajuk itu menjadi suatu perkara yang sensitif, yang boleh menimbulkan kemarahan sebahagian atau segelintir pihak, maka saya kira tidak menjadi masalah jika pihak menganjur menukar tajuk.” katanya ketika sidang media di Hotel Putra tadi, lapor SuaraTV.

Tegasnya, langkah untuk menyekat program berkenaan tanpa sebarang perbincangan dengan pihak penganjur dilakukan terlebih dahulu adalah kurang tepat.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak penganjur bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak penguatkuasa berikutan program seperti itu bertujuan untuk mencari titik temu antara perbezaan budaya dan agama.

“Adapun sebahagian pihak autoriti menyekat terus program seperti ini tanpa menjemput atau bercakap dengan pihak penganjur terlebih dahulu, saya kira tindakan tersebut adalah tindakan yang kurang tepat.

“Dan pihak penganjur bersedia pada bila-bila masa sahaja sebenarnya untuk berbincang terlebih dahulu sebab kita bukan datang dan adakan program seperti ini untuk menimbulkan perpecahan tapi kita datang dengan cara untuk mencari titik temu yang boleh menyatukan individu dalam pelbagai variasi dan pandangan agama masing-masing.” ujarnya.

Terdahulu, Ketua polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa forum di Universiti Teknologi Melaka itu dibatalkan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini.

Dr Zakir dijangka akan menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) di universiti berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");