Sukan Hari Ini

Ceres tidak mahu berputih mata

26 APRIL 2016

PENGENDALI Ceres La Salle, Frank Muescan mahu pemainnya mencuri tiga mata berharga daripada Selangor bagi membolehkan pasukannya kekal berada di tempat teratas dalam Kumpulan E saingan Piala AFC.

Menurutnya, mata dalam kumpulan antara pasukan tidak banyak berbeza dan apa sahaja boleh berlaku dalam dua perlawanan terakhir termasuk memintas pasukannya jika mereka terleka.

“Perlawanan esok (hari ini) berkaitan kedudukan dalam kumpulan. Kami tidak mahu berputih mata di sini.

“Pemain juga bersemangat dan mahukan tiga mata penuh. Saya jangkakan pertembungan sengit kedua-dua pasukan,” katanya.

Dia juga menyifatkan Selangor mempunyai kekuatan tersendiri dan mahu pemain memberikan fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

“Selangor sebuah pasukan yang bagus, sistematik dan berdisiplin. Kami tidak mahu memandang rendah mereka.

“Perlawanan pertama dahulu yang berkesudahan seri 2-2 dengan Selangor adalah kerana kami bernasib baik dan bermain di tempat sendiri. Mungkin kali ini berbeza,” katanya.

Katanya, mereka juga mahu meneruskan rentak kecemerlangan selepas berjaya mengejutkan Tampines Rovers 2-1 minggu lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");