Jenayah

Dadah bernilai RM6.3 juta dirampas

SEREMBAN: Polis merampas enam jenis dadah dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam satu serbuan terhadap sebuah rumah flat di Taman Semarak, Nilai pada 21 April lalu, sekitar jam 4.40 petang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai itu berdasarkan maklumat orang awam yang mengesyaki sesuatu tidak elok berlaku di kediaman tersebut.

“Heroin seberat 27 gram, syabu 3,850 gram, serbuk ketamin 20,000 gram, serbuk kodein 19,086 gram, 700 pil erimin 5, termasuk 20,070 pil, 3,089 gram cecair pekat dan 446 gram serbuk ekstasi dirampas.

“Pada masa sama, anggota kita turut menjumpai sebuah mesin tableting dan ketuhar dalam rumah itu yang dijadikan sebagai stor penyimpanan kesemua dadah berkenaan,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, kata beliau, stor terbabit dipercayai telah ditinggalkan lebih kurang setahun.

“Melalui pemantauan selama beberapa hari terhadap rumah itu, kita berjaya menahan dua lelaki berusia 33 dan 52 tahun di Pulau Pinang sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

“Kedua-duanya yang mempunyai hubungan bapa dan anak disyaki ada perkaitan dengan dadah dalam stor berkenaan. Buat masa ini, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");