Jenayah

Dadah RM6.3 juta dirampas

SEREMBAN: Polis merampas enam jenis dadah dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah flat di Taman Semarak, Nilai, 21 April lalu, sekitar jam 4.40 petang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai itu turut menemui mesin tableting dan ketuhar.

“Heroin seberat 27 gram, syabu 3,850 gram, serbuk ketamin (20,000 gram), serbuk kodein 19,086 gram, 700 pil erimin 5, termasuk 20,070 pil, 3,089 gram cecair pekat dan 446 gram serbuk ekstasi dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata, stor terbabit dipercayai telah ditinggalkan lebih kurang setahun.

“Hasil siasatan lanjut, kita berjaya menahan dua beranak berusia 33 dan 52 tahun di Pulau Pinang sekitar jam 12.30 tengah hari tadi (semalam).

“Kedua-duanya ditahan untuk membantu siasatan berhubung penemuan dadah itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");