Sukan Hari Ini

Dakwaan Datuk Seri Vida disangkal

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menampakkan ketidakpercayaan beliau terhadap pengurusan persatuan itu, terutamanya dari segi pengurusan kewangan.

Naib Presidennya, Muhammad Nasir Hamzah berkata, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam kontrak penajaan, duit penajaan Datuk Seri Hasmiza atau dikenali Dr Vida akan disalurkan ke akaun khas dan memerlukan tandatangan beliau serta dua penanda tangan lain.

“Cek tersebut perlulah ditandatangani oleh Dr Vida, Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Datuk Nik Jaafar dan salah seorang daripada empat yang lain, iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Yahya Jamada Ali dan Mahizi Mahmood.

“Secara logiknya, tiada kemungkinan salah guna wang tersebut akan berlaku kerana Dr Vida adalah penandatangan wajib bagi setiap pengeluaran cek bagi akaun tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Dr Vida dalam satu kenyataan mengakui kurang percaya dengan ketelusan sistem pengurusan kewangan dalam Kafa, sehingga beliau terpaksa mengawal sendiri wang penajaan kepada pasukan itu.

Malah, Dr Vida juga menegaskan, tindakannya itu juga telah menjamin pemain-pemain Kelantan akan menerima gaji sehingga Oktober ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");