Isu Panas

DAP kesal batal siaran langsung debat

SHAH ALAM – DAP kesal tindakan TV3 membatalkan debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sepatutnya disiar, 19 April ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, alasan TV3 sebagai menghormati pandangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Azam Baki.

Katanya, kedua-dua pihak terbabit tidak mahu debat diteruskan kerana mengganggu siasatan pihak berkuasa isu tanah Taman Manggis dan banglo milik Guan Eng.

“Manakala alasan Abdul Rahman enggan meneruskan debat kerana tidak mahu mengingkari arahan pihak berkuasa dilihat cubaan mengelak untuk tidak memberi ruang kepada Guan Eng menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Kami mahu, Guan Eng diberi peluang menjawab segala isu berkenaan Taman manggis kepada rakyat melalui TV3,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Pada masa sama, Siew Fook turut mempersoalkan tindakan TV3 yang ‘membenarkan’ Abdul Rahman melemparkan tuduhan liar terhadap Setiausaha Agung DAP itu, melalui program Soal Jawab pada 30 Mac lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");