Isu Panas

DAP Tidak Tanding Di Batu Kitang Jika PKR Tarik Balik Lima Calonnya

KUALA LUMPUR: DAP akan menarik balik calonnya dari kerusi Batu Kitang jika PKR bersetuju untuk menarik balik lima calonnya di lima kerusi kontroversi.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, satu-satunya jalan tengah yang boleh dicapai pada ketika ini ialah persetujuan PKR untuk menarik balik calonnya walaupun nama-nama mereka telah berada di kertas undi.

“Tidak seperti tahun 2013, sekarang tidak ada tempoh tarik diri. Dulu, calon mempunyai masa tiga hari selepas pencalonan untuk menarik diri, sekarang mereka tidak boleh berbuat demikian.

“Ini bermakna, apabila anda berjaya dicalonkan, nama anda akan berada di atas kertas undi,” katanya.

Loke berkata, satu-satunya cara untuk berdepan situasi ini adalah dengan cara PKR membuat pengumuman berhubung calon mereka yang menarik diri dan tidak berkempen.

“Jika mereka berbuat demikian, kami juga akan melakukan perkara yang sama. Jika lima daripada calon-calon mereka yang menentang kami boleh menarik diri, maka kita akan menarik diri dan tidak bertanding di Batu Kitang, ” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu bagaimanapun menambah bahawa beliau tidak menjangkakan senario sedemikian akan berlaku kerana PKR telah mengubah fikiran mereka di saat-saat akhir.

“Apabila mahu bertanding, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, calon-calon perlu mempersiapkan diri mereka kerana ia adalah satu proses yang sangat serius.

“Namun sehingga saat-saat akhir, mereka telah membuat perubahan,” katanya.

Loke juga menegaskan bahawa DAP menghormati perjanjian sehingga ke saat akhir dan dengan parti itu telah mengarahkan calon Batu Kitang, Abdul Aziz Isa mengemukakan kertas pencalonannya hanya selepas PKR membuat keputusan muktamad terhadap kerusi yang akan ditandingi.

DAP akan menentang PKR di enam kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Kerusi itu adalah Mambong, Ngemah, Siamanggang, Murum, Mulu dan Bukit Kitang.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");