Berita Hari Ini

DBP sedia berikan kerjasama

BUKIT CHANDAN – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedia bekerjasama dengan Yayasan Anak Kuale bagi menganjurkan pameran manuskrip lama di Kuala Kangsar.

Ketua Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Kamariah Abu Samah berkata, pameran dan forum berkaitan manuskrip Melayu lama mampu menanam rasa cinta kepada Bahasa Melayu dan juga sejarah keagungan bangsa Melayu itu sendiri.

“Bahasa Melayu dahulunya merupakan lingua franca dan digunakan di seluruh pelosok dunia. Karya-karya dihasilkan pada zaman dulu banyak menceritakan kehebatan Melayu.

“Jadi, manuskrip sebegini sangat penting kepada peradaban orang Melayu. Dengan adanya pameran sebegini, golongan muda diharap dapat menghayati sendiri kehebatan dan keindahan seni orang Melayu yang sememangnya hebat,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Anak Kuale, Azizul Rahim menyambut baik hasrat DBP itu dan sedia berbincang dengan mereka bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Menurutnya, yayasan tersebut sentiasa menekankan aspek Islam, Melayu serta pendidikan dalam setiap program anjuran mereka dan hasrat DBP itu seiring dengan konsep dibawa mereka.

“Berdasarkan sambutan orang ramai, kami dapat merumuskan bahawa orang Melayu khususnya berminat untuk mengetahui lebih lanjut berhubung manuskrip dan al-Quran lama yang dipamerkan.

“Jadi, kami fikir adalah baik sekiranya program sebegini diteruskan pada tahun depan. Mungkin kita akan bawa lebih banyak manuskrip dalam program akan datang.

“Dengan adanya kerjasama daripada DBP, sudah pasti program ini bakal mendapat suntikan baru yang lebih segar dan positif,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");