Isu Panas

Debat: DAP mahu siar secara langsung

KUALA LUMPUR – DAP menetapkan syarat kepada TV3 agar menyiarkan secara langsung debat isu tanah Taman Manggis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, pada jam 9 malam, 19 April ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, jika TV3 gagal memenuhi syarat itu mereka akan minta bantuan RTM.

“Saya berjumpa dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan beliau setuju menyiarkan debat itu secara langsung di RTM1. Tetapi, dua hari lalu beliau memberitahu TV3 mahu RTM memberi laluan kepada stesen tv itu untuk siarkan debat.

“Kami tiada masalah jika TV3 mahu jadi tuan rumah. Tetapi jika mereka tidak boleh menyiarkannya secara langsung, kami boleh kembali kepada RTM1,” katanya dalam sidang media, semalam.

Bagaimanapun, kata Loke, pihaknya masih belum dihubungi stesen tv swasta berkenaan perkara itu.

Mengulas mengenai pemilihan tarikh tersebut, Loke berkata, ia dicadangkan oleh Setiausaha Sulit Abdul Rahman, Jessy Jolie.

“Pada mulanya mereka cadang 23 atau 24 April. Tapi kami rasa ia terlalu lewat kerana kami perlu tumpu kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya satu jam diperlukan untuk menjawab semua soalan yang akan dilontarkan.

Namun, katanya, moderator dan format perbahasan masih belum dibincangkan.

Sebelum ini, Abdul Rahman mencabar Guan Eng berdebat isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) kerana dijual kepada pihak ketiga.

Guang Eng kemudiannya menyahut cabaran debat Abdul Rahman walaupun beliau tidak mempunyai dokumen lengkap.

Masing-masing juga telah menyediakan 15 soalan ‘bocor’ yang akan ditanya dalam debat berkenaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");