Membawang Hari Ini

Dekati generasi baru

Jika nak diikutkan, kumpulan Nico G pernah membuat ‘comeback’ pada 2014. Namun, keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan dan pasaran album yang merudum menyebabkan mereka terpaksa ‘berehat’ seketika dalam bidang seni.

Namun mereka tidak berputus asa untuk mendapat tempat dalam bidang hiburan. Malah, kumpulan yang dianggotai oleh Nico, Affa dan Dino itu terus bergerak aktif menerima pelbagai tawaran mengadakan persembahan ketika ini.

Malah, mereka terharu apabila diberi peluang menyanyikan lagu tema filem Showdown The Movie terbitan Grand Brilliance.

Filem mengisahkan perjalanan sekumpulan anak muda yang ingin menyertai pertandingan tarian Showdown itu mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air sejak 7 April lalu.

Mengganggap ia peluang untuk tampil lebih aktif, Nico G memberi nafas baru terhadap lagu Inilah Nasibku.

“Alhamdulillah atas kepercayaan yang diberikan oleh Grand Brilliance terhadap kami untuk menyanyikan lagu tema filem Showdown.

“Walaupun pada awal kemunculan semula kami melalui pelbagai halangan, tahun ini melalui Showdown kami berharap dapat tawaran yang lebih banyak.

“Kami juga tidak menyangka sambutan orang ramai terhadap kami. Masih ada lagi yang kenal kami walaupun sudah bertukar nama kepada Nico G.

“Kami sedar peminat kami dulu mungkin sudah berkahwin dan membina keluarga sekarang.

“Mereka turut memperkenalkan kepada anak mereka siapa kami dan kami juga terharu apabila dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan generasi sekarang,” kata Affa mewakili rakan.

Selain menyanyikan lagu tema filem Showdown, kumpulan ini juga tidak sabar untuk tampil dengan beberapa single baru.

“Sebelum ini kami pernah tampil dengan single Belia Perwira bersama penampilan khas penyanyi Atilia.

“Berikutan keadaan pasaran album yang lembap sekarang, kami berehat sebentar dan tidak dapat memberi promosi lebih kepada lagu berkenaan.

“Sekarang ini adalah peluangnya dan insya-Allah kami bercadang menggubah semula muzik lagu itu untuk diperkenalkan semula kepada peminat.

“Kami juga merancang tampil dengan single lain. Insya-Allah jika tiada halangan kami bercadang tampil dengan single berkonsepkan ketuhanan dan Islamik,” katanya.

Selain itu, lagu popular Nico G turut diberi nafas baru seiring mengikut cita rasa masa kini. Antaranya ialah lagu Kaulah Gadisku, Untukmu Sayang, Rindu, Kau dan Aku.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");