Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat Hanya Perolehi 250,000 Tandatangan

KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperolehi hanya sekitar 250,000 tandatangan sahaja sehingga kini.

Ujarnya, jumlah itu masih jauh berbanding yang disasarkan oleh pihaknya iaitu sebanyak satu juta tandatangan rakyat Malaysia dalam cubaan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Tun Mahathir menegaskan untuk menyampaikan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh sejuta rakyat kepada Majlis Raja-raja yang dijangkakan akan bermesyuarat pada 11 Mei hadapan.

“Kita akui ada halangan dan sekatan terhadap apa yang kita lakukan. Pada masa sekarang kita sudah mencapai satu per empat daripada sejuta tandatangan yang kita mahu.

“Kita berharap dan merancang mencapai matlamat itu paling lewat sehingga 9 Mei nanti. Dan akan dilanjutkan jika sehingga 11 Mei itu masih tidak dapat sejuta tandatangan,”katanya, lapor Antarapos.

Tun Mahathir sebelum ini dilaporkan mengakui bahawa agenda menyingkirkan Najib di luar Parlimen dan pilihanraya umum bercanggah dengan Perlembagaan.

Menyedari akan halangan itu, beliau kemudiannya dilihat cuba mengheret Majlis Raja-raja untuk memberi tekanan kepada Najib.

Turut menyokong Deklarasi Rakyat ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");