Panasnya Hari Ini

Derma RM2.6 bilion Bukan Lagi Isu- Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyifatkan isu berkaitan derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah selesai.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ia berikutan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, semalam yang mengesahkan sumbangan itu adalah dari negaranya.

Ujarnya, pengesahan kerajaan Arab Saudi itu dengan sendirinya menutup isu berkenaan.

“Tuan punya derma sudah mengesahkan sumbangan itu dari negara mereka yang disalurkan tanpa mengharap apa-apa balasan dan kini ia bukan lagi isu.

“Selepas ini, Pemuda UMNO akan bertindak proaktif memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai perkara ini supaya mereka tidak terpengaruh dengan dakyah dan propaganda pembangkang” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ulasan Buku bertema ‘Pembaca hari ini, Pemimpin hari esok’ memetik laporan Berita harian.

Terdahulu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang daripada negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");