Berita Hari Ini

Digelar ‘Amai Aya’

Baram: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Laput dan Long Loyang di kawasan tengah Baram, semalam.

Najib yang mendapat gelaran ‘Amai Aya’ (bahasa Kayan iaitu Ketua Pemimpin Keluarga) berkata, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk skim itu di Sarawak dan tiada kadar faedah dikenakan untuk pinjaman berkenaan.

Gelaran Amai Aya kepada Najib diberikan oleh calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Berucap di hadapan lebih 3,000 penduduk daripada etnik Kayan, Najib berkata, kos itu boleh digunakan untuk membina rumah panjang baru atau menambah baik kediaman sedia ada.

“Saya juga meluluskan pembinaan dewan masyarakat, sekolah rendah yang baru bagi Sekolah Kebangsaan Long Luput. Begitu juga dengan tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang Long Luput,” katanya pada majlis pelancaran skim itu di Long Laput dekat pekan Long Lama di sini.

Beliau berkata, pengundi di Sarawak tidak seharusnya mengambil pendekatan jangka pendek untuk menilai calon.

“Sebaliknya, kena fikirkan kesan jangka panjang bagi setiap keputusan yang dibuat hari ini,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, kali ini, DUN Telang Usan yang mempunyai 10,000 pengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dennis dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Roland Engan.

Pada PRN ke-10, Dennis memenangi kerusi itu dengan majoriti 845 undi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");