Isu Panas

Dr Afif dihalang masuk ke Sarawak

SEBERANG JAYA – Timbalan Ketua AMK yang juga Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dihalang masuk ke Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching awal pagi tadi.

Beliau yang juga Exco Kesihatan,Pembangunan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang tiba di lapangan terbang itu kira-kira jam 12.30 pagi untuk menghadiri beberapa program anjuran PKR sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurutnya, sebaik tiba beliau telah menerima notis dari pihak Jabatan Imigresen yang menafikan kebenaran untuk masuk ke negeri berkenaan.

“Alasan yang diberi hanyalah nama saya disenaraikan untuk tidak dibenarkan masuk berdasarkan arahan pihak atasan.

“Amat mendukacitakan, di dalam kita menuju status negara maju dan lebih daripada 53 tahun pembentukan Persekutuan Malaysia, pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) di Sarawak terpaksa menggunakan taktik bacul dan pengecut ini untuk menafikan hak saya untuk bersama dengan jentera AMK dan PKR dalam menghadapi PRN Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dr Afif berkata,tindakan pimpinan BN Sarawak ini juga membuktikan mereka tidak teragak-agak untuk merampas hak rakyatnya apabila kedudukan dan kekuasaan mereka terancam.

Katanya,tindakan itu juga menjadi bukti bahawa mereka telah gagal menghayati prinsip tertubuhnya negara Malaysia.

Sebelum ini, seorang lagi Exco kerajaan negeri dari PKR, Datuk Abdul Malik Abul Kassim juga dilaporkan menerima nasib yang sama apabila dia ditahan di lapangan terbang sama dan dihalang masuk ke negeri itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");