Panasnya Hari Ini

Dr Zakir Ubah Tajuk Ceramah, Elak Polemik Dan Kegelisahan Masyarakat

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik menukar tajuk ceramahnya kepada tajuk yang lebih sesuai dan harmoni.

Ujarnya penukaran itu bagi mengelakkan tercetusnya polemik dan timbulnya kegelisahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau bagaimanapun menyifatkan ceramah Dr Zakir itu yang diadakan di beberapa lokasi di negara ini tiada unsur menghina agama lain.

Tambahnya lagi, ceramah itu tidak juga ‘mempromosi’ perpecahan dan perbalahan, malah ia sering dihadiri oleh tokoh daripada kalangan bukan lslam.

“Dalam konteks “Jelajah Dr Zakir Naik di Malaysia”, pendakwah itu menekankan aspek perpaduan dan kesatuan dalam kalangan umat Islam.

Beliau turut mengingatkan perlunya menghormati kepelbagaian agama yang ada di Malaysia, kata Jamil Khir dalam satu kenyataan semalam.

“Meskipun ceramah beliau ada menyebut agama lain namun ia bukan bertujuan mengaibkan sesuatu agama itu.

“Malah ia merupakan perbincangan dan perdebatan ilmiah yang dilaksanakan dengan penuh hikmah dan ketertiban,” katanya memetik sumber laporan Bernama.

Jamil Khir turut menyifatkan Dr Zakir seorang pendakwah yang terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia.

Malaysia pernah mengiktiraf pendakwah itu sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2013 berdasarkan ketokohan dan keilmuannya, kata beliau.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengarahkan pembatalan forum Dr Zakir bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ di Melaka agar tidak menjejas ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");