Jenayah

Dua maut dalam nahas empat kenderaan

REMBAU: Dua maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di kilometer 234.9, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.27 malam itu, mangsa yang maut di lokasi kejadian Low Boon Lin, 20, di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.

Sementara dua lagi mangsa yang terdapat dalam kenderaan yang sama dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban kerana mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun menurut sumber, salah seorang yang parah disahkan meninggal dunia di HTJ.

“Kemalangan ini membabitkan empat kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa, lori jenis Mitsubishi Fuso, Toyota Altos dan Perodua Alza.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian dan menyatakan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");