Jenayah

Dua polis tidak mengaku salah lepas suspek rogol

SHAH ALAM: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan melepaskan suspek kes rogol kanak-kanak berusia empat tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Shafie Sudirman, 31, dan Lans Koperal Mohd Nazlee Mohamad Yusof, 38, masing-masing membuat pengakuan itu di depan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mereka dituduh dengan sengaja tidak menangkap Koew Tourn, seorang warga Kemboja di Balai Polis Sungai Pelong, Sungai Buloh, pada jam 5 pagi, 14 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 221, Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Farah Azura membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 25 Mei ini sebutan semula.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Ramli manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147342

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");